Pameran koleksi fesyen mesra alam

Sempena meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen ‘Live Cool Live Green’ yang mengetengahkan pameran tekstil mapan, bengkel mesra alam serta hadiah dan kraftangan mapan mulai sekarang hingga 2 Julai 2023.

Sempena meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, Fahrenheit88 menganjurkan kempen ‘Live Cool Live Green’ yang mengetengahkan pameran tekstil mapan, bengkel mesra alam, ganjaran hadiah dan kraftangan mulai sekarang hingga 2 Julai ini.

Pusat beli-belah itu turut menjalin kerjasama dengan NanoTextile untuk menampilkan pameran ‘Redefined Fashion’ sepanjang tarikh berkenaan.READ MORE

Pameran bertujuan memaparkan kemapanan tekstil dengan teknologi dalam industri fesyen dan tekstil.

Sempena meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen ‘Live Cool Live Green’ yang mengetengahkan pameran tekstil mapan, bengkel mesra alam serta hadiah dan kraftangan mapan mulai sekarang hingga 2 Julai 2023.
Sempena meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen ‘Live Cool Live Green’ yang mengetengahkan pameran tekstil mapan, bengkel mesra alam serta hadiah dan kraftangan mapan mulai sekarang hingga 2 Julai 2023.

Nanotextile360° merangkumi kedua-dua minat dan inovasi NanoTextile dalam penyelesaian masalah dan memanfaatkan teknologi sebagai salah satu alat dalam mempromosikan kemapanan tekstil.

Pengunjung boleh menemui koleksi fesyen mesra alam yang memberi nafas baharu dengan pendekatan industri kemapanan.

Terdapat 10 rekaan unik dalam koleksi ini yang dibuat daripada bahan bukan konvensional dan belum kitar semula dihasilkan pelajar The Design School, Universiti Taylor’s.

Selain itu, pastikan menelusuri ‘Eco de Market’ Fahrenheit88 untuk mendapatkan hadiah mesra alam untuk keluarga dan rakan mulai 19 Jun hingga 2 Julai ini, di Main Atrium, aras bawah.

Terokai pakaian dan aksesori fesyen mapan daripada Awear, Lifeline Clothing dan Nuriman Craft.

Jika anda sedang mencari hadiah untuk rakan yang gemarkan tumbuhan, singgahlah ke Midorie!

Jangan lupa juga untuk mulakan perjalanan membeli-belah mapan anda dengan Beebag melalui penggunaan teknologi dan elemen permainan.

Anda juga boleh membeli-belah di outlet Brands Outlet yang terbesar di Malaysia dan dapatkan koleksi fesyen dengan rekaan menarik.

Untuk dapatkan perkakas rumah dan pelbagai lagi barangan gaya hidup mesra alam, singgah di MR.DIY. Berbelanjalah secara berhemah dan berikan impak positif kepada alam sekitar hari ini!

Setelah seharian membeli-belah, jangan lupa dapatkan ganjaran hijau menarik. Pengunjung berpeluang membawa pulang ‘Mini Potted Plant’ dengan berbelanja minimum RM180 dalam satu resit. Terhad kepada dua penebusan setiap hari, sementara stok ada.

Article Link: https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2023/06/1118705/pameran-koleksi-fesyen-mesra-alam